Selasa, 22 Maret 2011

Hakekat Syiah

Salam para ikhwan/pembaca.

Maafkan saya jika saudara/ri tidak senang dengan saya kerana kenapa asik ketengahkan isu Syiah.

bukan kerana saya membenci mereka sebagai manusia tetapi membenci mereka terhadap pahaman syiah itu sendiri. saya rasa tidak perlu hendak diterangkan lagi kerana artikel sebelum ini pun telah menjelaskan secara ringkas dan insyaAllah Video yang diupload dapat menambahkan lagi kecerahan kita terhadap "syiah".

Ya Allah swt selamatkan saudara-saudara kami agar terbuka hati kembali kejalan Islam yang benar. insyaAllah Amin.

Saya telah memilih ceramah dari Maulana Asri dan juga Abuya Ashaari untuk tatapan saudara/ri . Mungkn ada yang tidak senang dengan Abuya, tak mengapalah.. cuba rendahkan hati dan dengar ceramahnya tetang syiah . insyaAllah kita dapat manfaat . persiapkanlah ilmu kamu untuk hadapi hari esok. wahai pengikut syiah percayalah yang kamu telah ditipu bulat-bulat tetang kulit yang dibawakan kepada kamu.


hayati kembali syair Imam Syafie r.a yang telah dijadikan hujah mereka agar mereka terima .


"Seandainya cinta kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dikira Rafidhah (pengikut syiah), maka saksikanlah wahai jin dan manusia bahawa aku seorang Rafidhah (pengikut syiah)"
(Diwan Imam al-Syafi, tahqiq Dr Abdul Mun' im al-Khofaji hlm 89, lihat juga pada halaman 75,106,126)"

Imam Syafie memberitahu kepada kita bahawa Seandainya "beginilah" syiah mengatakan bahawa mereka itu adalah cinta kepada Keluarga Nabi maka beliau dengan mengunakan bahasa yang moleh dan sinis mengatakan "Aku(lah yg) lebih mencintai Ahlul Bait". kerana Imam Syafie tahu semakin lama memahami syiah semakin mereka merendahkan Ahlul Bait sendiri .

Jikalau saudari kurang tangkap maksud saya. bolehlah lihat dengan teliti setiap ceramah di kedua-dua video dibawah. insyaAllah membantu


Ceramah dari Almarhum Abuya Ashaari.



Ceramah dari Maulana Asri


---------------------


# Salam semua, mungkin kesilapan saya untuk memudahkan lagi permahaman menjadikan ia makin rumit. untuk mengelakkan pembaca tersalah tafsiran saya. saya telah membuang contoh-contoh tersebut.

Terima kasih kepada saudara/ri yang menegur.

semoga kita dapat memahami maksud kata-kata Imam Syafie, insyaAllah.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Free Samples