Senin, 21 Maret 2011

DIALOG TENTANG AJARAN TAREKAT

Salam Ikhwan/pembaca,

setelah dua artikel saya telah siarkan tetang syiah pada hari ini mari kita berkongsi sedikit tetang ajaran "Tarekat" dengan cara santai (insyaAllah). sebelum itu.. saya berdoa agar saudara/ri memahami hakekat "syiah" , semoga kita dilindungi Allah swt dari segala fitnah.

mungkin ada yang terfikir kenapa hendak cerita tetang ajarang tarekat? kerana cerita tetang tarekat ini sgt bersangkut-paut dengan Ahlul Bait Rasululllah.

untuk permulaan biarlah kita memahami step by step apa itu "Tarekat"?. insyaAllah.

terima kasih kepada Yayasan Serba Bakti atas ilmu yang dicurah.

Harap usaha saya ini dapat memperjelaskan pengertian Tarekat yang terkandung didalam ajarang Islam dari kacamata ilmu Tasawuf yang disebar luas oleh ajaran Tarekat diseluruh dunia. InsyaAllah.

Dengan Tujuan juga membantu para peminat yang ingin mendalami bidang tasawuf dan menghilangkan keraguan bagi orang yang belum mengerti dan menghayati apa yang dimaksud ,apa tujuanya dan bagaimana kebiasaan ia dilaksanakan.

hal ini berdasarkan Firman Allah berbunyi ;


ud'u ilaa sabiili rabbika bialhikmati waalmaw'izhati alhasanati wajaadilhum biallatii hiya ahsanu inna rabbaka huwa a'lamu biman dhalla 'an sabiilihi wahuwa a'lamu bialmuhtadiina

    Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Surah An-Nahl 16:125)


kerana itu kita wajib pula ma'rifatullah, yakni mengenal sifat-sifat Allah dengan ainal yaqin. Seperti diterangkan didalam kitab Zubab:

    "Awal/pertama yang wajib diketahui manusia ialah ; mengenal Tuhan yang Maha Esa dengan seyakin-yakinnya"


Tujuan hidup setiap manusia yang beriman adalah rindu dan mengdambakan redha Allah swt. Redha Allah swt hanya mampi dicapai apabila kita dekat kepada-Nya. Alatnya itu lah "dzikrullah" mengingat/mengenal Allah seyakin-yakinnya.

saya sebagai orang yang cuba sedaya upaya menterjemahkan dialog ini dengan rasa rendah diri mengharapkan kritikan membangun dari para ikhwan/pembaca untuk kesempurnaan artikel ini. semoga usaha ini kita mendapat faedah bagi pengamal dan juga orang baru yang ingin mengenali ilmu ini. isyaAllah.




BAB 1 : Erti Tarekat dan Tasawuf
BAB 2 : Tujuan Bertarekat
BAB 3 : Dasar Hukum Bertarekat
BAB 4 : Tawasul dan Rabithah
BAB 5 : Tujuan Talqin dan Bai'at
BAB 6 : Zkir Jahar (Dikeraskan)
BAB 7 : Zkir Jahar Mengganggu/Meresahkan?
BAB 8 : Zkir Khafi (Tersembunyi)
BAB 9 : Melaksanakan Ajaran Tarekat.
BAB 10: Asal Mulanya Tarekat
BAB 11: Fazdilat Zkir
BAB 12: Kesimpulan.



--------



Salam kembali, :)

mari kita mulakan Bab yang pertama..

1. Apakah erti Tarekat?

    "Dalam ilmu Tasawuf diterangkan ,bahawa erti Tarekat ialah jalan atau petunjuk atau perbuatan untuk melaksanakan suatu ibadah sesuai dengan ajaran yang dicontohkan oleh Rasulullah saw serta dikerjakan oleh para sahabat, para Tabi'in , para Tabi'it-Tabi'in,dan seterusnya turun-temurun sampai kepada guru Mursyid, para-ulama secara bersambung dan serantai hingga pada masa kini"



Dalam ilmu Tasawuf bahawa Sunnah Nabi itu harus dilakukan dengan Tarekat. sesuai dengan maksud tersebut Rasulullah saw , bersabda :

    "Syariat itu ucapanku, Tarekat itu perbubatanku , Hakikat itu merupakan tingkah laku daripadaku , dan Ma'rifat itu pokok dasar (modal) atau pangkal kekayaan (baik zahir mahupun batin)" (Hadis Riwayat Anas bin Malik)"



Dengan demikian dapatlah di-ertikan bahawa semua bimbingan petunjuk guru itu dinamakan Tarekat. Dan guru pertama umat Islam ialah Nabi Muhammad saw. Setelah Nabi wafat diteruskan oleh pewarisnya, Yakni Sabahat/Ulama. Para Ulama itu penerima/pemegang amanat para Rasul Allah. dan mempunyai kedudukan tersendiri, kedudukan yang tidak mudah dicapai oleh sebarangan orang. Hadis menerangkan :


    "Para Ulama itu adalah pewaris para Nabi" (Hadis riwayat Turmudzi)




Tarekat itu merupakan saluran dari pada Tasawuf . Prof Dr Aboebakar Aceh mengerti-kan Tarekat itu sebagai ;

    "Tarekat iaitu jalan menuju kepada Tuhan yang dapat membawa manusia itu kebahagiaan dunia dan akhirat"


Sedangkan Prof. Dr Buya Hamka , mengatakan ;

    "maka dia antara makhluk dan Khaliq itu ada perjalanan yang harus kita tempuh . Inilah yang kita katakan Tarekat"


Dengan beberapa pengertian para Ulama di atas, jelas bagi kita bahawa Tarekat itu sesuatu jalan atau cara yang ditempuh oleh seseorang menganutnya (Islam) untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, dalam mencari redha-Nya dalam bentuk ibadah secara khusus baik zahir ataupun batin. Demikianlah Tarekat itu merupakan tindak lanjut dalam perkembangan Tasawuf yang makin hari makin meningkat jumlah pengikutnya. (dari Ulama kini hingga kepada Ulama depan , InsyaAllah)



Tarekat bukanlah aliran kepercayaan atau aliran kebatinan, tetapi Tarekat adalah sebahagian didalam ajaran Islam yang Terpenting. Disimpulkan atas tiga dasar ajaran pokok , sesuai seperti yang tetulis didalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim ;


    "Islam , Iman , Ehsan"



Untuk mengetahui Islam pelajarilah ilmu FighUntuk mengetahui Iman pelajarilah ilmu Usuluddin danUntuk mengetahui Ehsan pelajarilah ilmu Tasawuf/Tarekat , iaitu jalan yang harus ditempuh oleh setiap Muslim untuk mendekatkan diri sedekat-dekatnya, dengan mahhabah, serta melakukan ibadah kepada Allah swt yang seakan-akan melihat kepada-Nya. sebagaimana yang disampaikan oleh Malaikat Jibril dalam menyampaikan wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad saw dengan bentuk persoalan/pertayaan .... "Ajarilah aku tetang Ehsan". kemudian dijawab baginda(saw) :

    "Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya , walaupun engkau tidak dapat melihat-Nya , namum sesungguhnya Allah melihat engkau" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dengan perkataan lain , setiap saat diri kita setiasa dipantau/dikawal kerana Allah swt berada di sisi kita sehingga terhindar dari pekara-pekara yang tidak baik. Bila Islam sebagai pembinaan dan Iman sebagai dasat pemikiran maka Ehsan merupakan dasar tujuan , tujuan akhir hayat manusia , kerana itu ber-Tasawuf/ber-Tarekat-lah agar tercapai tiga dasar Dienul Islam yang kukuh tidak terpisah antara tiga pekara asas tadi.


Dari sekian banyak Tarekat Islam , terdapat hanya dua metode jenis pengamalan zikir yang dibawa oleh pengamal Tarekat iaitu zikir kepada Allah secara "Jahar" (dibaca keras) dan secara "Khafi" (yang diingatkkan dalam hati). Kedua-duanya harus diamalkan secara terpadu , kosisten dan teratur , maksudnya untuk selalku mendekatkkan diri kepada Allah swt , mempertebalkan Iman, memperkukuhkan benteng pertahanan bathiniah dari segala godaan syaitan dan nafsu angkara murka serta pengaruh-pengaruh yang negatif, sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw yang berbunyi ;

    "Orang kuat imannya ia mempunyai kemampuan untuk menguasai dirinya , kerana hai diisi dengan zikirulllah , ingat selalu hanya kepada Allah swt" (Al Hadis)


Demikianlah Syariat dan Hakikat yang keduanya tidak boleh dipisahkan.













2 Apakah erti Tasawuf ?



Jawab :

    "Tasawuf itu berasal dari kata "Shafa" (bersih) , sifat/ciri-cirinya adalah kebersihan (kesucian) hati . Kesucian hati dengan mengikhlaskan pengabdian hanya kepada Allah Azza wa Jalla"


Tasawuf adalah bagai lautan besar zikir "LAA ILAAHA ILLALLAH" , dan Ibadah yang tidak disertakan dengan zikir (ingat) kepada Allah swt adalah gerak-geri yang kosong atau hampa. Oleh kerana itu Allah swt telah memperingatkan kita di dalam Al-Quran"


fawaylun lilmushalliina


alladziina hum 'an shalaatihim saahuuna



Ertinya :


    "Celakalah mereka yang mengerjakan solat yang lalai dalam mengerjakan solatnya" (Surah Al-Maa'un 107 : 4-5)


Maksudnya dia melakukan solat hanya dengan fizikal dan tidak dipengaruhi pada hatinya. Fizikal mengadap ke Kiblat tetapi hati tidak khusyuk, atau lalai dan mungkin acuh tak acuh akan waktu solatnya ( selalu sahaja melewatkan solat bahkan mungkin terlepas waktu). Sedangkan unsur-unsur didalam Tasawuf adalah : tawakal , sabar , tekun , khusyuk beribadat dengan menumpukan hati hanya kepada Allah swt.



    * Bertasawuf akan membantu kita agar selalu menjaga dan sentiasa mengingati Allah swt.
    * Bertasawuf juga membantu kita membersihkan hati dan bermujahadah kepada Allah swt.
    * Bertasawuf bermaksud menghias diri dengan akhlak yang terpuji dan melepaskan diri dari akhlak yang tercela , juga mendekatkan diri kepada Allah seru sekalian alam.
    * Bertasawuf adalah orang yang ingin hatinya dibersihkan Allah dan ingin dimasukkkan dalam hakikat/hakekat "orang yang ingin merasakan lazatnya berzikir kepada Allah swt."
    * Bertasawuf dengan kata lain : Permulaannya ma'arifatullah dan akhirnya mentauhidkan hanya kepada Allah swt.



Jadi dengan melaksanakan ajaran Tasawuf Islam ber-erti ia telah mengikuti jalan lurus yang telah ditempuh oleh keempat golongan , iaitu :


1. Para Nabiyulllah

    Yang merupakan utusan pertama dan utama kepada umat manusia , kerana mereka telah ditempatkan dan menempatkan diri pada kedudukan tertinggi didalam pengabdian diri kepada Allah swt. Memikul tugas agung iaitu memimpin umat ke jalan yang lurus yang ditunjukiNya dan berhadapan dengan beraneka ragam,derita,cubaan dengan Imanan yang teguh terhadap pertolongan Allah swt.

2. Para Sahabat

    Para Sahabat Karib Nabi Muhammad saw iaitu : Abu Bakar Siddiq , Umar , Uthman dan Ali bin Abi Talib. Cintan mereka kepada Nabi Muhammad saw , melebihi cinta kepada anak dan isteri-isteri mereka. Iman mereka tidak tergoyang walau dalam keadaan bagaimanapun. Mereka ini benar-benar menjadi tangan kanan Nabi Muhammad saw dalam men-syiarkan serta mengembangkan agama Islam sehingga menjadi meliputi hampir 2/3 dunia.



3. Para Waliyullah

    Yakni mereka yang pada masa hidupnya lebih banyak mengikuti jejak sahabat Nabi Muhammad saw . Selalu menumpukan segala ingatan , perasaan dan tujuannya itu semata-mata kerana Allah/zikirullah , rasa cinta mereka terhadap Allah swt sangatlah dalam.


4. Orang-orang yang soleh

    Golongan yang keempat terdiri daripada orang beriman yang mengikuti jejak langkah ketiga-tiga golongan sebelumnya dan memiliki ke"ahlian" tertentu. Keahlian bukan hanya untuk kepentingan diri serta keluarganya , tetapi kerana kemanusiaan dan agama (segala tindak tanduk mereka hanyalah kerana ingin lebih dekat dengan Allah swt) , selanjutnya umat islam yang mengikuti jejak pendahulu iaitu golongan "berempat" sesebelum ini. Mereka ini juga tidak kenal penat lelah atau derita melainkan ingin mendapatkan redha Allah swt semata-mata.



Sejalan dengan firman Allah swt ;






faman yuridi allaahu an yahdiyahu yasyrah shadrahu lil-islaami waman yurid an yudhillahu yaj'al shadrahu dhayyiqan harajan ka-annamaa yashsha''adu fiialssamaa-i kadzaalika yaj'alu allaahu alrrijsa 'alaa alladziina laa yu/minuuna


    Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya [ayat ke-34], niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (Surah Al- An'aam 6 : 125)


Dari segi manfaatnya Tasawuf merupakan dasar pokok kekuatan batin , pembersih jiwa , pemupuk iman , penyubur amal soleh , semata-mata mencari keredhaan Allah swt . Tasawuf juga memperkuat daya juang manusia dengan sifat ; sabar , syukur , redha ,ikhlas sikap ramah , muka jernih dan bermoral luhur yang ksemuaanya itu adalah sifat-sifat yang tinggi nilainya. Orang yang lapang dadanya akan menerima Tasawiuf Islam sebagai tanda memperoleh hidayah dari Allah swt , dan sebaliknnya yang masih merasa berat untuk menerima sebagai pandangan hidupnya , agar dituntut untuk terus berusaha meraih petunjuk Tasawuf/Tarekat itu. InsyaAllah.

kita teruskan lagi dengan bab yang ke-2 iaitu "TUJUAN BERTAREKAT" .


Apakah tujuan bertarekat itu?


Jawab:


    "Sesungguhnya banyak sekali tujuan yang hendak dicapai itu tetapi tujuan yang paling utama adalah mencari keredhaan Allah swt."


Sebagaimana yang tertulis didalam Hadist Qudsi berbunyi :


    "Ya Tuhanku ! Engkaulah tujuan segala dayaku dan redha Mu lah permohonanku, berikanlah daku mahabbah serta ma'arifat kepada-Mu"



Maksud tersebut , senantiasa disemaikan dan sebagai "doa" terhadap para Ikhwan Tarekat yang muktabar dengan pelbagai cara riyadhah (wirid) tetapi tujuan yang satu. iaitu Redha Allah swt yang dicari.


Untuk menjelaskan "maksud" tersebut kami kemukakan beberapa tujuan pengamalan tarekat ini :

   1. Dengan Mengamalkan Tarekat ia akan diberikan beberapa latihan jiwa(Riyadhah) dan cara berjuang melawan hawa nafsu(Mujahadah) agar dapat membersikah diri dari sifat-sifat tercela dan digantikan atau diisikan dengan sifat-sifat yang terpuji , dengan menyerapkan nilai-nilai budi pekerti yang tinggi didalam kehidupan seseorang itu.
   2. Dapat mewujudkan perasaan "ingat" kepada Allah zat yang Maha Besar dan Maha AgungNya Allah atas segalanya dengan mengamalkan wirid dan zikir serta dibentengi tawajjuh (tafakur) yang dikerjakan secara terus-menerus ( maknanya.. jika terputus zikir/ingat itu.. maka sambung balik ingatnya pada Allah dan jika lupa diingatkan lagi.. berterusan sehingga hati itu semakin dekat dan dekat pada Allah Azza wa Jalla)
   3. Dari sini insyaAllah akan menimbulkan perasaan takut kepada Allah swt sehingga didalam diri seseorang itu akan bangkit usaha yang terus-menerus agar diri ini menghindari dari segala macam pengaruh duniawi yang boleh membuatkan ia lupa kepada Allah swt.
   4. Jika niat ini semua dapat dilakukan dengan penuh keikhalasan dan ketaatan kepada Allah swt, maka mustahil (insyaAllah) seseorang itu akan dapat mencapai suatu tingkat ma'arifat.
   5. Akhirnya dengan izin Allah swt ia akan dapat mememahami apa tujuan sebenarnya atau tujuan apa sebenarnya hidup ini.


Itulah tujuan yang akan diperoleh oleh setiap pengamal tarekat yang mu'tabar.


Walaupun Terekat (jalan) itu banyak jumlahnya , tidaklah berarti seluruhnya boleh ditempuh. kerana Jalan yang benar itu hanyalah menuju atau membawa kepada tujuan yang satu. Maka cukuplah memilih jalan-jalan itu kepada jalan yang satu sahaja. bukan dengan niat yang lain . insyaAllah kita akan sentiasa didalam Rahmatnya. - amin

sebagaimna Firman Allah berbunyi :


inna alddiina 'inda allaahi al-islaamu wamaa ikhtalafa alladziina uutuu alkitaaba illaa min ba'di maa jaa-ahumu al'ilmu baghyan baynahum waman yakfur bi-aayaati allaahi fa-inna allaaha sarii'u alhisaab


    Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab [189] kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya ( Surah Ali Imran 3 : 19)



Islam adalah satu-satunya agama yang diajarkan kepada umat manusia, didalamnya tertulis peraturan-peraturan Jasmani dan Rohani (zahir dan batin) lengkap dengan Ilmu-ilmunya yang harus dilaksanakan dan diamalkan secara menyeluruh , berlandaskan Firman Allah :



yaa ayyuhaa alladziina aamanuu udkhuluu fii alssilmi kaaffatan walaa tattabi'uu khuthuwaati alsysyaythaani innahu lakum 'aduwwun mubiinun


    Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu (Surah Al-Baqarah 2:208)



Melaksanakan Islam WAJIB seluruhnya, Tidak boleh Islam itu dikerjakan sebagai part-time , separuh-separuh atau buang sebahagian kecil.


Kerana itu jagalah perintah Allah swt , jauhilah segala laranganNya , sentiasa tenang menerima takdir(qada dan qadar) yang telah ditetapkan oleh Allah swt dan jangan sesekali kita menyekutukan Dia dengan sesuatu apapun dengan menidakan segala bentuk penyembahan (Idol worship) kepada selain Allah swt. Ini merupakan pengukuhahan kita terhadap kerpecayaan(Iman) kita terhadap Allah swt semata-mata.


Tiada tujuan lain yang dibawa ajaran tarekat itu melainkan hanya mengasuh diri agar senantiasa berharap dengan sepenuh hati dan beramal semata-mata inginkan keredhaan Allah swt.


Waallahualam.

SUMBER

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Free Samples